Home ยป Presiden Tsai Ing-Wen mengatakan hubungan AS-Taiwan membaik
Amerika Serikat Berita Taiwan

Presiden Tsai Ing-Wen mengatakan hubungan AS-Taiwan membaik


NEW YORK / TAIPEI: Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Taipei lebih erat berbanding sebelum ini, kata Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen.

Bercakap kepada penyokongnya di New York, Ing-Wen berkata, Taiwan dan AS tidak terkesan dengan tindakan ketenteraan luar biasa oleh China.

Ing-Wen yang dalam perjalanan ke Amerika Tengah, tiba di New York kelmarin, dan dijadual pulang ke Taipei, minggu depan.

Beliau akan singgah di Los Angeles dan dijangka bertemu Yang Dipertua Dewan Perwakilan AS, Kevin McCarthy, dengan China memberi amaran interaksi itu boleh membawa kepada ‘konfrontasi serius’ bagi hubungan AS-China.

Lawatan itu dibuat ketika hubungan AS-China berada pada tahap terburuk seperti dinyatakan beberapa penganalisis, sejak Washington menormalkan hubungan dengan Beijing pada 1979 dan menukar pengiktirafan diplomatik dari Taipei.

Beijing mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripada republik itu dan tidak berhak menjalin hubungan dengan pihak luar, bagaimanapun Taipei menafikan perkara itu.

Ketika persinggahan pertama ke AS sejak 2019, Ing-Wen mengetengahkan pencapaian ekonomi, keselamatan dan diplomatik Taiwan dalam ucapan tertutup kepada warga Taiwan yang menetap di New York, Rabu lalu.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Presiden menerusi kenyataan media semalam, menyifatkan Taiwan sebagai ‘isyarat demokrasi di Asia’.

“Secara khususnya, hubungan Taiwan-AS lebih erat berbanding sebelum ini,” katanya sambil menjelaskan ‘kemajuan ketara’ bagi kerjasama ekonomi dan keselamatan.

Ing-Wen berkata, kontrak pembuat cip terbesar di dunia, Taiwan Semiconductor Manufacturing Co Ltd (TSMC) (2330.TW) membangunkan kilang di Phoenix, Arizona, sekali gus menunjukkan kekuatan teknologi Taipei.

Katanya, Taiwan tidak akan disisihkan walaupun berdepan ‘cabaran besar’, selain berterima kasih kepada kerajaan AS kerana melaksanakan perjanjian keselamatan dengan Taipei, termasuk sembilan penjualan senjata diumumkan pentadbiran Presiden Joe Biden.

Yang turut hadir, Pengerusi Ibu Pejabat Institut AS-Taiwan (AIT) di Washington, Laura Rosenberger dan Gabenor New Jersey, Phil Murphy.

Sementara itu, sumber berkata, Ing-Wen asalnya dijadual berucap di acara Institut Hudson semalam, tetapi kedutaan Taiwan di AS menjelaskan semua libat urus di New York dijalankan secara tertutup. – REUTERS

Sumber: bharian

Translate